Segala keputusan diambil PM berdasarkan Perlembagaan, kata Annuar Musa
Keputusan yang dibuat oleh perdana menteri semestinya sudah mengambil kira situasi semasa dan seumpamanya.
Terkini
Segala keputusan yang diambil dan dilakukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah tentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.
Menurut beliau, semua keputusan yang dibuat oleh perdana menteri semestinya sudah mengambil kira situasi semasa dan seumpamanya.
“Perdana Menteri mempunyai pelbagai pilihan cuma perkara yang pasti, berdasarkan beberapa siri perbincangan di peringkat kerajaan dan kepimpinan beliau (Muhyiddin) amat menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara,” katanya selepas majlis doa selamat sempena Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 80 peratus imuniti kelompok di Kuala Lumpur hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
