Program imunisasi kebangsaan berjalan baik, kata PM
Jumlah pemberian vaksin harian yang tinggi menjadi bukti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dimulakan pada 24 Februari lalu berjalan lancar.
Terkini
Jumlah pemberian vaksin harian yang tinggi membuktikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan pada 24 Februari lepas berjalan dengan baik, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.
“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin). Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak Covid-19,” kata beliau.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.