Kes gubah wang haram Shafiee ditangguh bulan depan
Prosiding itu, yang sepatutnya memasuki hari ketiga hari ini, dilapangkan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari.
Terkini
Perbicaraan peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima beliau dari Najib Razak dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah ditangguhkan hingga bulan depan.
Prosiding itu, yang sepatutnya memasuki hari ketiga hari ini, dilapangkan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari.
“Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin akan bersambung pada 1 Julai,” kata timbalan pendakwa raya Afzainizam Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama semalam.
Setakat ini, tiga saksi memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 21 Mei lepas.
Pada 13 September 2018, Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek yang dikeluarkan oleh Najib dan dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Beliau turut berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.