- Iklan -
Berita

Tarikh akhir kemuka Borang Nyata cukai perniagaan pada 30 Jun dan 15 Julai

Ia meliputi pembayar cukai perniagaan kategori individu pemastautin (B) dan perkongsian (P).

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki masuk ke ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya. Gambar: Bernama
Seorang lelaki masuk ke ibu pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya. Gambar: Bernama

Tarikh akhir bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah pada 30 Jun secara manual dan 15 Julai bagi e-Filing.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia meliputi pembayar cukai perniagaan kategori individu pemastautin (B) dan perkongsian (P).

“Pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf atau https://www.hasil.gov.my/media/wm2oviph/20230324-return-form-filingprogramme-for-the-year-2023.pdf,” menurut kenyataan itu.

LHDN turut menyarankan pembayar cukai mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

Menurut kenyataan itu, pembayar cukai juga dinasihatkan mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami (LHDN) melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/03-8911 1100 (Luar Negara), Hasil Live Chat dan borang maklum balas menerusi portal rasmi Hasil di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/,” menurut kenyataan itu.