Keputusan LDP sertai PN akan dipertimbangkan, kata Hajiji
LDP memutuskan untuk menyertai PN selepas melihat kesungguhan Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika pandemik Covid-19.
Terkini
Ketua menteri Sabah itu berkata apa yang paling penting sekarang adalah untuk PN serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatukan rakyat melalui parti yang menerima perjuangan gabungan berkenaan.
“Jadi kita terbuka dengan cadangan itu (LDP menyertai PN)…sudah tentu kita akan pertimbangkan apabila tiba masanya nanti,” kata kepada pemberita selepas merasmikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan LDP semalam yang menyatakan Majlis Tertinggi parti berkenaan telah meluluskan usul untuk parti tempatan Sabah itu menyertai PN.
Presiden LDP Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu membuat keputusan tersebut selepas melihat kesungguhan PN yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah rakyat terutama ketika berdepan cabaran Covid-19 ketika ini.
LDP, ditubuhkan pada 1989, sebelum ini merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum bertindak keluar selepas daripada gabungan itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dan bekas presiden parti itu, Chong Kah Kiat merupakan ketua menteri Sabah yang ke-13 dari 2001 hingga 2003.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.