- Iklan -
Berita

Misi bantuan dihentikan, hukuman penjara 3 tahun jika Ebit Lew ingkar arahan

Pendawah Ebit Lew meluahkan rasa terkilan kerana terpaksa menangguhkan niat untuk membantu penduduk sekitar pulau-pulau di Semporna, Sabah.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Pendakwah Ebit Lew. Gambar: Facebook
Pendakwah Ebit Lew. Gambar: Facebook

Niat Ebit Lew untuk membina sekolah buat penduduk di sekitar pulau-pulau Semporna, Sabah terpaksa ditangguhkan kerana pendakwah itu tidak dibenarkan untuk meneruskan usaha terbabit di kawasan tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, selain diminta untuk menghentikan bantuan kemanusiaan berkenaan, Ebit juga boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara selama tiga tahun.

“Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna.

“Minta diberhentikan bantuan di sekitar sini.  Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun. Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf ye ustaz dan ustazah semua,” tulisnya.

Ebit turut memaklumkan bakal membina tiga buah sekolah di empat kawasan penempatan penduduk kaum bajau laut sekitar pulau di Semporna.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan diteruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” luahnya lagi.

Pada Ahad lalu, Ebit berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah untuk memeluk Islam.

Misi dakwah itu dilakukannya ketika beliau ke Pulau Tatagan Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Sabah.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi