- Iklan -
Berita

9 mukim di Seremban dikenakan PKPB

Pelaksanaan itu bermula Rabu ini hingga 18 November.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Gambar: Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Gambar: Bernama

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula Rabu ini hingga 18 November.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPB itu meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB masih sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Beliau juga berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di penjara dan kuarters perumahan penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dilanjutkan selama 14 hari bermula Khamis hingga 18 November.

Katanya pelaksanaan PKPD di lokaliti itu kerana masih terdapat kes positif Covid-19 baharu sehingga 1 November lepas.