- Iklan -
Berita

6 muka baru angkat sumpah exco Negeri Sembilan

Adun Pertang dari Barisan Nasional, Jalaluddin Alias dilantik sebagai exco kanan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (enam dari kiri) bersama exco kerajaan negeri pada majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan di Kuala Pilah hari ini, 24 Ogos. Gambar: Bernama
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (enam dari kiri) bersama exco kerajaan negeri pada majlis angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan di Kuala Pilah hari ini, 24 Ogos. Gambar: Bernama

Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi penggal ke-15 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini.

Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan itu bermula 10.15 pagi di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Muhammed Abdullah

Selain itu, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Pada majlis hari ini, Menteri Besar Aminuddin Harun memaklumkan senarai Exco yang mendapat perkenan Tuanku Muhriz, terdiri daripada enam muka baharu dan empat Adun dilantik kembali ke jawatan itu.

Exco baharu itu adalah Jalaluddin Alias (Exco Kanan), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Ismail Lasim, Mustapha Nagoor, Mohd Faizal Ramli dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Sementara Exco yang dilantik semula ialah Teo Kok Seong, Nicole Tan, J Arul Kumar dan S Veerapan.

PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos lepas menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.