- Iklan -
Berita

Anwar tiba di Istana Negara

Anwar bulan lalu mendakwa mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR Anwar Ibrahim melambai tangan kepada media selepas selesai bertemu dengan Yang di Pertuan Agong pagi tadi.
Presiden PKR Anwar Ibrahim melambai tangan kepada media selepas selesai bertemu dengan Yang di Pertuan Agong pagi tadi.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini.

Sebuah kereta berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat memasuki Istana Negara pada 10.25 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara.

Perkara itu disahkan seorang pegawai Anwar.

Kehadiran Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson dinantikan pengamal media yang telah berkumpul di sekitar pintu utama Istana Negara sejak 8 pagi lagi.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan berkata Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda hari ini.

Pada 23 September lalu, Anwar pada satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.