Pelajar sekolah di Ampang jalani ujian swab selepas guru kena Covid-19
Sejumlah 67 murid di sebuah sekolah di Ampang diarahkan menjalani ujian swab Covid-19 selepas seorang guru disahkan dijangkti virus itu. Murid darjah 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Taman Tasik diarahkan untuk menjalani ujian itu di klinik kesihatan di Beranang dan Hulu Langat. Difahamkan, guru tersebut dijangkiti Covid-19 daripada rakan serumahnya. “Rakan rumahnya itu sebelum ini […]
Sejumlah 67 murid di sebuah sekolah di Ampang diarahkan menjalani ujian swab Covid-19 selepas seorang guru disahkan dijangkti virus itu.
Murid darjah 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Taman Tasik diarahkan untuk menjalani ujian itu di klinik kesihatan di Beranang dan Hulu Langat.
Difahamkan, guru tersebut dijangkiti Covid-19 daripada rakan serumahnya.
“Rakan rumahnya itu sebelum ini pulang dari Kedah,” kata sumber.
Semalam, Kedah mencatatkan jumlah tertinggi kes baru Covid-19 dengan 241 kes, mendahului Sabah dengan terdapat kluster melibatkan lokap polis di Lahad Datu yang dikatakan sebagai punca jangkitan meningkat.
Kementerian kesihatan turut melaporkan 432 kes Covid-19, tertinggi sejak pandemik itu dikesan di Malaysia awal tahun ini.
Sekolah di seluruh negara dibuka semula secara berperingkat pada Julai selepas ditutup selama lebih tiga bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.