Dewan Rakyat maklum kekosongan kerusi Batu Sapi kepada SPR
SPR perlu mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam masa 60 hari.
Terkini
Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P. 185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Liew Vui Keong.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu ada kekosongan.
“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 6 Okt 2020 kepada pengerusi SPR bahawa Yang Berhormat Liew Vui Keong, ahli Parlimen Batu Sapi, Sabah meninggal dunia pada hari Jumaat, 2 Okt 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Liew, 60, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
