- Iklan -
Berita

Muhyiddin ke Sabah, bertemu pemimpin PN, BN

Antara yang hadir Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno, Presiden Star Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bersatu president Muhyiddin Yassin with Umno president Ahmad Zahid Hamidi and Sabah leaders at a meeting in Kota Kinabalu today. Photo: Bernama
Bersatu president Muhyiddin Yassin with Umno president Ahmad Zahid Hamidi and Sabah leaders at a meeting in Kota Kinabalu today. Photo: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Kota Kinabalu hari ini.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu tiba pada pukul 10.35 pagi, disambut pemimpin-pemimpin berkenaan, sebelum beliau mengadakan mesyuarat tertutup dengan lebih 20 pemimpin, dan perjumpaan masih berlangsung ketika berita ini ditulis.

Antara yang hadir Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno, Presiden Star Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim.

Turut hadir Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor.

PRN Sabah bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 26 Sept ini sebagai hari mengundi.