Monday, July 4, 2022

SPRM siasat penerima wang tunai disebut dalam perbicaraan rasuah Zahid

Badan anti rasuah itu berkata pihaknya menerima beberapa aduan terhadap individu yang dinamakan dalam lejar yang disebut dalam perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah.

Other News

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkata ia akan membuka siasatan terhadap individu yang disebut oleh saksi menerima wang tunai jutaan ringgit dalam perbicaraan kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini.

“SPRM juga mengesahkan menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan,” kata SPRM dalam satu kenyataan malam ini.

Kenyataan tersebut tampil sehari selepas bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bekas pengurus pentadbiran syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) David Tan Siong Sun bahawa beliau turut menerima wang daripada syarikat itu.

Beliau menyatakan kesediaan untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan tersebut.

Selain bekas menteri dalam negeri itu, Tan turut menamakan Khairy Jamaluddin, Reezal Merican naina Merica, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal dan Anifah Aman, mengatakan nama mereka direkodkan dalam lejar UKSB selain laporan forensik SPRM.

Zahid turut dinamakan dalam lejar itu di bawah kod nama termasuk “z”, “zh”, “yb”, “young boy”, “mon” dan “monster”.

Tan berkata beliau menggunakan kod nama dalam lejar itu kerana bimbang ia didedahkan kepada orang lain.

Lejar tersebut mengandungi butiran pembayaran yang dibuat oleh UKSB kepada beberapa individu di antara 2014 dan 2018.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles