Wednesday, May 11, 2022

RUU anti lompat parti perlu diteliti secara mendalam, kata SU agung PAS

Menurut Takiyuddin Hassan, istilah lompat parti masih kurang jelas selain terdapat beberapa perkara lain yang perlu dibincangkan lebih lanjut.

Other News

Rang undang-undang (RUU) anti lompat parti perlu diteliti secara mendalam terlebih dahulu bagi mengelakkan timbul sebarang masalah pada masa akan datang.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata hal ini kerana istilah “lompat parti” itu sendiri kurang jelas selain terdapat beberapa perkara lain yang perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.

“Persoalannya adakah ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas dianggap sebagai ahli parti? Contohnya kalau dia nak masuk parti lain, adakah itu lompat parti?” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Keluarga Kota Bharu semalam.

Menteri tenaga dan sumber asli itu berkata undang-undang sama juga perlu dilaksanakan di peringkat negeri bagi memastikan ia berkuat kuasa terhadap Adun.

Pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat iaitu 24 Mac lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu dewan pembentangan RUU itu akan diadakan dalam sidang khas Parlimen 11 April depan.

Wan Junaidi berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang akan melanjutkan persidangan khas tersebut sekiranya tempoh sehari bagi membincangkan RUU berkenaan tidak mencukupi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles