Thursday, May 26, 2022

Dr Mahathir sedar, boleh bercakap, kata laporan

Keadaan bekas perdana menteri itu semakin stabil.

Other News

Dr Mahathir Mohamad mula sedar sepenuhnya dan kini berada dalam keadaan stabil susulan kemasukan semula beliau ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan bekas perdana menteri itu juga kini sudah boleh bercakap.

“Alhamdulillah, keadaan Tun terus stabil dan mula sedar sepenuhnya dan boleh bercakap,” sumber itu dilaporkan berkata.

Mahathir dimasukkan semula ke IJN awal minggu ini selepas menjalani prosedur elektif pada 7 Januari lalu.

Sebelumnya, pemimpin veteran itu ini dimasukkan ke IJN pada Disember, doktor mengatakan mereka sedang menjalankan beberapa siri pemeriksaan kesihatan terhadapnya.

Khabar angin dan spekulasi mula beredar berikutan kemasukan beliau ke hospital baru-baru ini.

Ramai yang melahirkan rasa bimbang berhubung kesihatan bekas perdana menteri berusia 96 tahun itu.

Semalam, anak perempuannya Marina Mahathir berkata bapanya stabil dan memberikan respons yang baik terhadap rawatan dijalaninya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles