- Iklan -
Berita

97% dewasa, 86.2% remaja lengkap divaksinasi

98.4% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksinasi remaja dilancarkan pada September lalu di seluruh negara. Gambar: Bernama
Vaksinasi remaja dilancarkan pada September lalu di seluruh negara. Gambar: Bernama

Sebanyak 97% atau 22,698,593  individu dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98.4% atau 23,034,278 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 86.2% atau 2,712,550 populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 89.8% atau 2,824,704 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, 142,607 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 7,347 suntikan dos lengkap, 4,744 dos pertama dan 130,516 pula suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,671,277 dos.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,590,730.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi