Sunday, December 5, 2021

DAP tidak hadir pengumuman calon PH Melaka termasuk dua Adun khianat

Pemimpin DAP Lim Guan Eng tidak hadir pada sidang media yang dihadiri presiden PKR dan Amanah.

Other News

PKR dan Amanah hari ini mengumumkan dua bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap ketua menteri hingga menyebabkan kerajaan negeri jatuh bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di dalam acara pengumuman nama calon Pakatan Harapan (PH) yang tidak dihadiri pimpinan DAP.

Idris Haron dan Nor Azman Hassan masing-masing akan mewakili PKR dan Amanah di Asahan dan Pantai Kundor walaupun pencalonan mereka mendapat penentangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sidang media pengumuman nama calon PH tersebut menyusuli majlis serupa dilakukan DAP bagi calon parti komponen PH tersebut, dihadiri Pengerusi PH dan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Anwar berkata keputusan untuk memasukkan kedua-dua calon tersebut sudah menjadi “rahsia terbuka”.

Beliau juga mendakwa Lim tidak menghadiri majlis itu hari ini kerana DAP sudah mengumumkan calon mereka lebih awal.

“Saudara Guan Eng dan pimpinan DAP menyampaikan salam hormat kerana meminta kepada kami untuk mengumumkan awal di Kuala Lumpur beberapa hari lalu nama-nama calon yang dikemukakan DAP mewakili PH,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles