Monday, October 18, 2021

Merck setuju berikan akses kepada Singapura bagi pemerolehan pil antivirus

Pil molnupiravir yang diformulasi bagi memperkenalkan beberapa kesalahan dalam kod genetik virus tersebut akan menjadi rawatan secara oral bagi Covid-19.

Other News

Merck mengumumkan pada Rabu persetujuan bekalan dan pembelian yang membolehkan Singapura mendapat akses bagi perolehan ubat eksperimen antivirus Covid-19.

Dengan persetujuan tersebut Singapura menjadi negara Asia yang paling awal mendapat bekalan ubatan tersebut.

Pil molnupiravir yang diformulasi bagi memperkenalkan beberapa kesalahan dalam kod genetik virus tersebut akan menjadi rawatan secara oral bagi Covid-19.

Ujian klinikal awal menunjukkan ia dapat mengurangkan sekitar 50% kebarangkalian untuk dimasukkan ke hospital atau kematian bagi pesakit yang berisiko menderita sakit tenat akibat Covid-19.

Kementerian kesihatan Singapura tidak segera memberikan respons bagi mengesahkan persetujuan dengan Merck tersebut.

Australia juga turut membeli pil malnupiravir tersebut, sementara Thailand, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia masih melakukan rundingan mengenai pembeliannya.

Dalam pada itu, Filipina berharap ujian pil yang dilaksanakan di negara itu akan memudahkannya mendapat akses ubat keluaran Merck tersebut.

Tempahan pemerolehan tersebut mula menjadi sasaran negara-negara Asia selepas data awal menunjukkan ujian klinikal mampu mengurangkan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan mengurangkan kadar kematian sebanyak 50%.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles