Tuesday, October 26, 2021

Pemaju hartanah terkait kes terowong maut jatuh bangunan

Ewe Swee Kheng dipercayai jatuh dari tingkat 17 pangsapuri mewah pada pukul 2 pagi tadi.

Other News

Pemaju hartanah ternama Ewe Swee Kheng yang merupakan saksi utama pendakwaan projek terowong bawah tanah melibatkan bekas ketua menteri Lim Guan Eng maut setelah jatuh dari Pangsapuri Palazzo di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong mengesahkan insiden tersebut hari ini namun tidak mendedahkan sebarang butiran berhubung kejadian.

Ewe adalah pengarah urusan syarikat pemaju bertanah Ewein Bhd yang berpangkalan di Pualu Pinang.

Beliau pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 sebagai sebahagian daripada siasatan projek terowong bawah tanah di Pulau Pinang.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Ewe jatuh dari tingkat 17 sebuah pangsapuri mewah pada pukul dua pagi dan jatuh dalam kolam renang bangunan berkenaan.

Susulan penahanannya sebelum ini, Ewein Bhd berkata pihaknya atau anak syarikatnya tidak pernah terlibat dalam projek tersebut.

Ketika perbicaraan yang masih berjalan ketika ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Lim berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah berkait projek pembinaan terowong bawah tanah dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion

Pembinaan terowong sepanjang 7.2km itu bakal menjadi jalan raya bawah laut pertama dalam negara menghubungkan Butterworth dan George Town.

Pembinaannya dijalankan bersama antara kerajaan negeri dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Dalam pada itu, SPRM turut mengesahkan Ewe adalah saksi pendakwaan kes dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kematian beliau hari ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles