- Iklan -
Berita

Singapura rekod kes harian tertinggi sekali lagi dengan 8 kematian

Singapura melaporkan 2,268 kes Covid-19 pada Rabu.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur di pusat ujian saringan segera Covid-19 di Singapura pada 21 September. Gambar: Reuters
Orang ramai beratur di pusat ujian saringan segera Covid-19 di Singapura pada 21 September. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 2,268 kes Covid-19 pada Rabu, rekod tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Kenaikan kes baru-baru ini selepas kelonggaran beberapa sekatan pergerakan diumumkan kerajaannya menyebabkan Singapura mengambil keputusan untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara itu.

Lebih dari 80% populasi negara itu telah menerima vaksin Covid-19.

Bermula minggu ini, Singapura memperketatkan beberapa langkah Covid-19 seperti menghadkan pertemuan sosial kepada dua orang dan mewajibkan dasar bekerja dari rumah.