- Iklan -
Berita

Khidmat Hadi, Tiong dan Richard sebagai duta khas disambung

Tiong King Seng dan Richard Riot masing-masing dilantik duta khas ke China, Asia Timur.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Gambar: Bernama
Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Gambar: Bernama

Khidmat Abdul Hadi Awang sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah  disambung semula selepas jawatan itu dibubarkan susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri bulan lepas.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini selepas mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam bersetuju menyambung khidmat presiden PAS itu.

Hadi dilantik sebagai duta khas ke Timur Tengah bertaraf menteri pada 2 April 2020 oleh Muhyiddin tahun lalu.

Dalam makluman sama, PMO berkata Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing dan Ahli Parlimen Serian Richard Riot masing-masing turut mengekalkan jawatan duta khas ke China dan duta khas ke Asia Timur.

Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tiong pernah berkhidmat sebagai duta khas ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.