Monday, September 20, 2021

4 sampel kes positif di Parlimen berkemungkinan besar varian Delta, kata Noor Hisham

IMR mengesan dua mutasi utama dalam semua empat kes, menunjukkan andaian positif bagi varian Delta atau Kappa.

Other News

Empat sampel genom berkaitan kes positif Covid-19 di Parlimen hasil saringan pada 29 Julai lepas berkebarangkalian besar adalah varian Delta, berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran terkini di Facebook rasminya berkata sampel ini yang diterima Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh menunjukkan kepositifan dengan nilai CT yang rendah.

“Kami melakukan satu cerakin pengenotipan PCR (tindak balas rantai polimerase) yang boleh memberikan keputusan andaian untuk varian yang membimbangkan (VOC) atau yang perlu diberi perhatian (VOI) dengan penjujukan genom penuh (WGS) mengambil masa lapan hingga 14 hari untuk dilengkapkan.

Bagi kepentingan kesihatan awam sementara menanti keputusan WGS, IMR melakukan satu cerakin pengenotipan (Pengenotipan Allplex SARS-CoV-2 Variants II) yang menggunakan platform PCR masa nyata dan boleh memberikan keputusan andaian untuk varian yang membimbangkan (VOC) atau perlu diberi perhatian (VOI) dalam tempoh empat jam,” katanya.

Dari cerakin pengenotipan itu, Dr Noor Hisham berkata IMR mengesan dua mutasi utama dalam semua empat kes, menunjukkan andaian positif bagi varian Delta atau Kappa.

“Berdasarkan penyebaran varian semasa di Malaysia, ia berkemungkinan besar varian Delta,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, berdasarkan kajian klinikal di luar negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1,200 kali lebih tinggi berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (bukan-VOC).

Oleh itu, beliau berkata penjujukan genom penuh (WGS) akan dijalankan bagi pengesahan selanjutnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles