- Iklan -
Berita

Malaysia sedang bangunkan vaksin Covid-19, kata menteri kesihatan

Vaksin mRNA yang sedang dibangunkan masih berada di peringkat pembuktian konsep.

Nur Shazreena Ali
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos kedua  kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa. Pembangunan vaksin mRNA di Malaysia sudah bermula November tahun lalu dan kini dalam peringkat pembuktian konsep.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos kedua kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa. Pembangunan vaksin mRNA di Malaysia sudah bermula November tahun lalu dan kini dalam peringkat pembuktian konsep.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan Malaysia dalam proses membangunkan vaksin Covid-19 negara.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata inisiatif tersebut adalah usahasama antara kementerian kesihatan (KKM), kementerian sains, teknologi dan inovasi (Mosti) kementerian pengajian tinggi (KPT) dan kementerian pertahanan (Mindef).

“Saya ingin umumkan kita telah pun membangunkan vaksin Covid-19, teknologi kedudukan genetik pemutus messenger RNA (mRNA), ia sedang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Beliau berkata menurut IMR, kajian berkaitan vaksin mRNA yang bermula pada November ketika ini berada pada tahap pengklonan virus termasuk genom asal virus dan varian-varian lain SARS-CoV-2.

Beliau menambah vaksin mRNA masih berada pada peringkat pembuktian konsep, yang melibatkan proses analisis penjujukan gen virus spesifik bagi memastikan vaksin mampu memberikan respon imun terhadap virus.

“Status pembangunan vaksin Covid-19 messenger RNA pada masa ini adalah di peringkat pengklonan dan genetik sasaran adalah merangkumi virus asal dan varian lain SARS-CoV-2.

“Selepas proses ini selesai, kajian keberkesanan vaksin pra-klinikal untuk haiwan kecil dan besar dan kajian klinikal manusia fasa 1,2,3 perlu dijalankan sebelum proses pendaftaran dan pengilangan vaksin.

Beliau menambah ujian kllinikal ke atas manusia mengambil masa beberapa bulan untuk dijalankan.