- Iklan -
Luar Sana

Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin Covid-19 luput

Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Belgium akan memusnahkan 2.6 juta dos vaksin Covid-19 Moderna yang sudah luput secepat mungkin. Gambar: Reuters
Belgium akan memusnahkan 2.6 juta dos vaksin Covid-19 Moderna yang sudah luput secepat mungkin. Gambar: Reuters

Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin Covid-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.

“Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang Covid-19,” kata Menteri Kesihatan Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan parlimen persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.

Vandenbroucke berkata Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Keputusan itu hanya berkaitan dengan vaksin jenis baharu yang telah dibangunkan, katanya.