Saturday, December 4, 2021

Umno Arau tolak Azlan Man ganti Shahidan

Bagaimanapun, sayap pemudanya menyokong kepimpinan Azlan.

Other News

Umno bahagian Arau menolak pelantikan Azlan Man sebagai Pengerusi Umno Perlis menggantikan Shahidan Kassim, dan mendesak presiden parti Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau Salim Dahaman berkata akar umbi akan terus kekal bersama Shahidan, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, demi mengembalikan semula kekuatan Umno Perlis.

“Shahidan layak untuk terus memimpin Umno Perlis berdasarkan jasa beliau membantu Umno memenangi dua daripada (tiga) kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sehingga terbentuknya kerajaan Barisan Nasional di Perlis,” katanya kepada pemberita semalam.

Pada Sabtu, Zahid menerusi sebuah kenyataan memaklumkan Azlan yang merupakan Menteri Besar Perlis dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Perlis yang baharu menggantikan Shahidan.

Bagaimanapun, Pemuda Umno Arau pula menyambut baik pelantikan Azlan menerajui Umno negeri, dan berharap ia dapat membuka lembaran baru dalam politik negeri Perlis.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar dalam kenyataan semalam berkata pelantikan itu diharap memantapkan penyelarasan gerak kerja politik dan pentadbiran kerajaan BN Perlis yang sekian lama berada dalam dilema disebabkan wujudnya ‘dua nakhoda yang mengemudi sebuah kapal’.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles