Tuesday, November 30, 2021

Adun Amanah nafi tuduhan cabul wanita

Faiz berkata beliau akan berbincang dengan peguam untuk tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

Other News

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Faiz Fadzil hari ini menafikan tuduhan mencabul seorang aktivis wanita PKR, dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan pihak polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan polis ke atas saya.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

“Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu, buat masa ini beliau berkata akan meneruskan tugasnya sebagai Adun seperti biasa.

Awal hari ini, MalaysiaNow melaporkan seorang Adun dari utara Semenanjung disiasat polis atas tuduhan mencabul seorang wanita ketika mereka keluar untuk maraikan hari kelahiran wanita itu di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Khalid Othman dilaporkan berkata, wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada 16 Mac lalu.

Wanita itu mendakwa suspek cuba memegang tangannya, “meraba”, dan “memeluk” tubuhnya di dalam sebuah kereta.

Dalam laporan tersebut, wanita itu turut menyatakan suspek mengingatkannya agar tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan.

Faiz merupakan anak kepada bekas presiden PAS Fadzil Noor.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berhubung penggunaan kekerasan untuk memalukan kesopanan seseorang.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles