Sunday, April 11, 2021

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.

Other News

Sebanyak 2,437 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 300,752 kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 3,251 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 273,417 kes.

“Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 914 kes diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337) dan Perak (287),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 26,205.

“Daripada jumlah itu 202 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 93 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 9 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,130 orang.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles