Sunday, July 18, 2021

2 ahli Parlimen PKR keluar parti, ikrar sokong Muhyiddin

Keputusan ini mengakhiri spekulasi berhubung kekecewaan mereka dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Other News

Dua ahli Parlimen PKR keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memberikan tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim selepas kehilangan sejumlah besar ahli Parlimen pada 2020.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada presiden PKR.

Kedua-dua ahli Parlimen itu bertemu Muhyiddin hari ini untuk menyatakan keputusan mereka.

Steven Choong (kiri) dan Larry Sng menunjukkan akaun berkanun (SD) sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, termasuk Mohamad Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Saifuddin Abdullah, tiga bekas ahli Parlimen PKR yang keluar parti untuk menyertai Kabinet Muhyiddin.

Langkah ini dilihat akan menguatkan lagi blok kerajaan sekiranya Dewan Rakyat bersidang semula, selepas ugutan ahli-ahli Parlimen Umno yang setia kepada bekas perdana menteri, Najib Razak untuk menarik kembali sokongan kepada Muhyiddin.

Ini menyebabkan jumlah kerusi PKR di Dewan Rakyat berkurangan kepada 36, setahun selepas sekumpulan ahli Parlimen yang diketuai oleh Azmin yang juga bekas timbalan presiden keluar parti menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan.

PKR memenangi 47 kerusi Parlimen pada Mei 2018.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles