Wednesday, March 3, 2021

182,520 dos tambahan vaksin Pfizer sampai esok, kata Khairy

Bekalan vaksin tambahan itu akan dihantar ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan.

Other News

Churchill mosque painting sold by Angelina Jolie smashes record

The painting of a Marrakech mosque at sunset is a piece of both political and Hollywood history.

Over half of Malaysians struggling to meet expenses with current income, survey shows

A similar number say they are dipping into their savings to make ends meet.

1,555 kes baru Covid-19 dikesan hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 25,542.

Hospital swasta sedia peroleh vaksin dari sumber lain

Hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapkan usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk mendapat vaksin.

New cases inch lower to 1,555

2,528 recoveries, six more deaths.

Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech esok (Rabu), untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium dijadualkan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada sebelah pagi dari Singapura.

“Vaksin yang bakal tiba ini akan dihantar ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan,” katanya dalam sidang media selepas melakukan simulasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini, hari ini.

Khairy berkata, vaksin itu akan diedarkan ke Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak esok (Rabu, 24 Feb), manakala  Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, pada Khamis (25 Feb).

Kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech melibatkan 312,390 dos selamat tiba di Malaysia melalui pintu masuk negara di KLIA, Sepang; Johor dan Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula esok, dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Feb 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan lebih awal daripada jadual asal pada 26 Februari.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

MMA gesa kerajaan senaraikan sektor kesihatan swasta untuk vaksinasi fasa 1

Mereka adalah golongan pertama yang terdedah dengan pesakit Covid-19.

Zoom earnings strong at close of pandemic-plagued year

Zoom took in revenue of US$882.5 million during the fiscal quarter that ended Jan 31, in a 369% increase from the same period a year earlier before lifestyles went remote due to Covid-19.

Kes baru Covid-19 kembali turun bawah 2,000

5 lagi kematian menjadikan jumlah 1,135 keseluruhannya.

‘Jangan potong barisan’, kata Khairy

Kes potong barisan masih berlaku walaupun tarikh dan masa tertentu sudah ditetapkan kerajaan.

2,437 kes positif, jumlah jangkitan Covid-19 kini melebihi 300,000

300,752 jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia.