Sunday, February 14, 2021

Lebih RM600,000 lesap, LHDN beri amaran mengenai sindiket pegawai palsu

18 kes dilaporkan sejak 1 Januari hingga 9 Februari lalu.

Other News

3,499 kes baru Covid-19, 3,515 dilaporkan pulih

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 51,558.

Recoveries pull ahead as new cases stay under 4,000

263 in the ICU with 118 in need of respiratory assistance.

Imagining new learning spaces for online higher education

An active process of stakeholder engagement is essential in adapting to online study and developing value innovators that enhance learning and teaching in higher education.

Pakar ekonomi Hoo Kee Ping meninggal dunia

Hoo dijadualkan untuk menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara yang dirancang untuk diadakan pada malam ini.

Prominent academic Hoo dies

Hoo Kee Ping had been scheduled to speak in an online discussion tonight.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai mereka selepas berjaya memperdaya lebih 18 mangsa melibatkan jumlah kerugian lebih RM600,000.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua kes itu dikesan sejak 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini.

“Jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan adalah RM636,311 dengan kesemuanya merupakan kes penyamaran sebagai pegawai LHDN”.

Menurut LHDN, sindiket tersebut menggunakan taktik keji dengan menakut-nakutkan mangsa menyebabkan mangsa menjadi panik.

“Mangsa kemudiannya mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket”.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta lakukan pengesahan dengan LHDN terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan.

Orang ramai boleh menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDN berhampiran.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

LHDN warns of fake taxmen after over RM600,000 lost in scams

18 reports involving RM636,311 in losses were lodged from Jan 1 to Feb 9.

Bicara pengubahan wang haram RM1 juta Shahrir Samad bermula 1 April

Perbicaraan kes itu yang akan mendengar keterangan 19 saksi pendakwaan dijadual berlangsung selama 20 hari.

Shahrir Samad’s RM1 million money laundering case to begin April 1

The court has set 20 days for the hearing which will be before judge Azura Alwi.

LHDN sues 2 more linked to Jho Low over income tax arrears

Casey Tang Keng Chee and Jasmine Loo Ai Swan are accused of owing RM6.8 million and RM2.5 million respectively.

LHDN saman dua lagi sekutu Jho Low, tuntut tunggakan cukai

Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, kedua-duanya merupakan bekas pegawai kanan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).