- Iklan -
Berita

PKP dilanjutkan hingga 18 Februari

Perintah kawalan pergerakan (PKP), yang akan berakhir pada 4 Februari ini dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kegiatan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.
Kegiatan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.

Perintah kawalan pergerakan (PKP), yang akan berakhir pada 4 Februari, akan dilanjutkan selama dua minggu lagi hingga 18 Februari, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun beliau berkata, PKP kali ini akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Katanya, PKP yang dilanjutkan itu akan berkuat kuasa di seluruh negara kecuali di Sarawak yang akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

PKP yang dilanjutkan ini akan bermula dari 5 Februari sehingga 18 Februari.

Bulan lalu, kerajaan melaksanakan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 yang sudah menjangkiti 219,173 orang dan meragut 770 nyawa.

“KKM mengesahkan kes harian di kesemua negeri-negeri ini masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positivitinya dalam kluster adalah 20 hingga 40 peratus, malah penularan sporadik dalam komuniti juga tinggi yang melibatkan warga negara dan juga yang bukan warganegara.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula dari 5 hingga 18 Februari kecuali kawasan-kawasan di Sarawak yang telah diisytiharkan di bawah PKP Bersyarat (PKPB),” katanyapada sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail juga memaklumkan kegiatan rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.

“SOP mengenai lanjutan PKP ini akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita akan teruskan PKP dengan SOP lebih ketat sebagai contoh perlu dihadkan orang ramai masuk ke pasar raya bagi mengelak perkumpulan besar,” katanya.