- Iklan -
Berita

3,638 dilaporkan pulih, 11 lagi kematian baru

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,076.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik di Taman Connaught, Cheras.
Orang ramai menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik di Taman Connaught, Cheras.

Sebanyak 3,048 kes baru Covid-19 dikesan hari ini termasuk lapan jangkitan import, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 186,849, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 2,502 kes baru melibatkan warganegara manakala 546 bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 3,638 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 145,084 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes diikuti Johor 529 dan Sabah 348 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 41,076.

“Daripada jumlah itu 261 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 101 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Noor Hisham memaklumkan terdapat 11 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 689 orang.

“Tiga kematian dilaporkan di Sabah, masing-masing dua di Selangor dan Sarawak serta satu di Kelantan, Pahang, Perak, dan Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya terdapat 13 lagi kluster baru dikesan.

“Masing-masing tiga di Selangor dan Johor, dua di Pahang serta satu di Sabah, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Melaka dan Kelantan,” katanya.