Saturday, May 8, 2021

Perbicaraan rasuah Zahid Hamidi bersambung 27 Januari jika PKP tak dilanjut

Presiden Umno itu berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.

Other News

Perbicaraan kes Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan ke 27 Januari depan

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes itu memberitahu perkara berkenaan kepada Bernama menerusi pesanan aplikasi WhatsApp.

“Perbicaraan itu akan disambung semula pada 27 Januari tetapi tertakluk kepada sebarang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Jika PKP dilanjutkan lagi, mungkin kita akan mula pada 22 Februari,” katanya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Azura Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pihak pendakwaan dijadualkan memanggil pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fairul Rafiq Hamiruddin untuk memberi keterangan pada perbicaraan akan datang.

Pada 28 Oktober tahun lepas, pihak pendakwaan memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes itu bahawa tujuh saksi lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Seramai 90 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang kali terakhir berlangsung pada 13 Oktober lepas termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn Bhd Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr; bekas pegawai khas Zahid, Wan Ahmad Wan Omar; rakan kongsi firma guaman Tetuan Lewis & Co, B Muralidharan; pengurup wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif kepada Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Zahid, 68, yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles