Belanjawan 2021 bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diluluskan dengan undian suara di Dewan Rakyat, menjadikannya kementerian ketiga yang diluluskan hari ini.
Ini menjadikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya meluluskan 11 Rang Undang-undang (RUU) berhubung Belanjawan 2021.
Semalam belanjawan bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar diluluskan dengan undian suara.