Tuesday, March 9, 2021

Jasa dijenamakan semula sebagai J-KOM, kata menteri

Ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.

Other News

US pastor sent on leave over Melania Trump ‘trophy wife’ sermon

He has been sent on leave after he exhorted women to be more like former first lady Melania Trump and not let themselves go.

Malaysia pertimbang pemerolehan vaksin CanSino dari China

vaksin CanSino itu merupakan pilihan lebih baik daripada vaksin Johnson & Johnson, yang juga satu dos,

EU banking regulator hit by Microsoft email hack

The European Banking Authority warns that personal data could have been accessed as a result of the attack.

India’s richest state has half of all new Covid-19 cases

India’s tally of over 11 million infections is the world’s highest after the US, but as a proportion of its population, India’s virus deaths rank among the lowest in the world.

DAP tolak kerjasama politik dengan Umno pada PRU15

DAP hanya akan bekerjasama dengan Umno dalam soal melibatkan rakyat.

Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan peranan dan fungsi berbeza, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata matlamat J-KOM adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat.

“Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan ‘penghakupayaan komuniti’,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik Covid-19.

Japen pula, katanya bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.

Katanya fungsi J-KOM juga tidak bersifat bertindan dengan agensi lain di bawah KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mempunyai kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti berlainan.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-KOM juga berbeza dengan Jabatan Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-KOM pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik Covid-19.

Bagi menjawab celahan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai dakwaan jabatan itu merupakan ejen penyebar propaganda, Saifuddin memberi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda selain menegaskan ketua pengarah serta timbalannya tidak akan dilantik dalam kalangan orang politik.

“Saya bagi jaminan J-KOM bukan mesin propaganda. Proses (lantikan) mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada kriteria dan kriteria utama merupakan celik IT.

“Saya beri jaminan ketua pengarah dan timbalan (ketua) pengarah tidak akan dilantik daripada orang politik, ia harus kombinasi (golongan) profesional dan pegawai tadbir yang baik serta bersahsiah tinggi,” katanya.

Beliau berkata lantikan itu harus melalui proses permohonan dan temu duga yang telus mengikut lunas peraturan yang ditetapkan JPA.

Mengulas mengenai peruntukan RM85.5 juta untuk jabatan itu yang disifatkan terlalu tinggi, Saifuddin tanpa mendedahkan jumlah itu memberi bayangan peruntukan itu akan dikurangkan.

Katanya, pengurangan peruntukan itu boleh dibuat berikutan peruntukan J-KOM berdasarkan jumlah daerah dan bukannya peruntukan mengikut jumlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Rebranded Jasa to be multiracial, not political, minister says

Communications minister Saifuddin Abdullah says the programmes implemented by the department will include every race and level of society.

J-Kom tidak bersifat politik seperti Jasa, kata menteri 

Semua program J-Kom yang disusun akan melibatkan pelbagai kaum dan semua lapisan masyarakat.

Kecam, ketawakan guru sains DidikTV adalah perbuatan buli siber, kata menteri

KKMM juga bersedia menawarkan bantuan kepada KPM, dalam penyediaan kandungan DidikTV.

Menjawab hujah dan fitnah Puad Zarkashi

Agak pelik apabila Puad Zarkashi masih tidak mengenali saya walaupun selepas dua tahun bekerja bersama.

22-0: Belanjawan 2021 KKMM lulus, J-KOM mula tahun depan

Undi belah bahagi bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyaksikan 107 bersetuju, 100 tidak setuju dan 13 tidak hadir.