- Iklan -
Berita

Dokumen bocor dedah rancangan gagalkan belanjawan, guling kerajaan

‘Dokumen ringkas’ beritahu ahli Parlimen tidak perlu risau jika kerajaan tumbang meskipun istana sudah memberikan beberapa peringatan.

MalaysiaNow
2 minit bacaan
Kongsi

MalaysiaNow kini boleh mendedahkan seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diberi tugas untuk menerangkan kepada rakan-rakan seangkatan lain bagi menggagalkan Belanjawan 2021 yang bakal menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Satu “dokumen ringkas” disediakan ahli Parlimen itu menerangkan mengenai peruntukan yang diberikan kepada beberapa kementerian dan memberitahu ahli Parlimen lain supaya menolak undi belanjawan pada 26 November ini bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk.

“Jika kamu gagalkan undi belanjawan pada 26 November, kamu boleh cuba membentuk kerajaan baru dalam tempoh seminggu, kemudian dengan kadar segera bentangkan kembali belanjawan, pastikan ia diluluskan pada pertengahan Disember dan minta Dewan Negara memberi lampu hijau sebelum 1 Januari 2021,” tulis dokumen itu, selepas membuat perbandingan antara belanjawan 2020 dan 2021.

Gesaan untuk mengagalkan belanjawan itu dilihat bertentangan dengan jaminan yang diberikan oleh pemimpin PH mengenai sokongan bersyarat mereka terhadap belanjawan dengan beberapa pindaan perlu dilakukan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri, Najib Razak masing-masing berkata mereka akan menyokong belanjawan sekiranya kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menggeluarkan simpanan Akaun 1, serta melanjutkan moratorium.

Sebelum ini Yang di Pertuan Agong beberapa kali mengingatkan ahli-ahli Parlimen untuk memberi sokongan bagi memastikan belanjawan diluluskan, supaya tidak menyekat penyaluran peruntukan kritikal kepada petugas barisan hadapan dalam usaha memerangi Covid-19.

Sebarang usaha mengagalkan belanjawan bermaksud kerajaan tumbang dan bakal mencetuskan pilihan raya tergempar musim pandemik yang sebelum ini pegawai kesihatan memberi amaran kemungkinan berlaku lonjakan baru jangkitan Covid-19.

Gesaan untuk mengagalkan belanjawan itu dilihat bertentangan dengan jaminan yang diberikan oleh pemimpin PH mengenai sokongan bersyarat mereka terhadap belanjawan dengan beberapa pindaan perlu dilakukan.

Tetapi dalam dokumen yang dilihat MalaysiaNow, ahli Parlimen itu mendakwa dana masih boleh disalurkan meskipun belanjawan tidak diluluskan dan kerajaan tumbang.

Beliau turut mendakwa kerajaan terdahulu mengamalkan sikap “belanja dulu, luluskan kemudian”, dan perkara itu dilihat tidak menimbulkan sebarang masalah walaupun ketiadaan kerajaan.

“Kerajaan interim boleh meluluskan belanjawan sementara dalam tempoh tiga hingga enam bulan sehingga penyelesaian politik ditemui.

“Secara keseluruhan, Parlimen Malaysia sangat fleksibel dalam menguruskan belanjawan,” kata dokumen itu.

Ia kemudian mendesak ahli-ahli Parlimen supaya memastikan undi belanjawan tidak diluluskan di peringkat dasar pada 26 November dan bukannya ketika peringkat jawatankuasa yang akan berlangsung dari 30 November hingga 15 Disember.

“Lagi awal lebih bagus,” katanya.

“Jika kamu gagalkan undi belanjawan pada 26 November, kamu boleh cuba membentuk kerajaan baru dalam tempoh seminggu, kemudian dengan kadar segera bentang kembali belanjawan, pastikan ia diluluskan pada pertengahan Disember dan minta Dewan Negara memberi lampu hijau sebelum 1 Januari 2021.”

Ia berkata jika ahli Parlimen melengahkan sehingga 15 Disember untuk mengagalkan belanjawan, “Masa mungkin menghalang anda untuk mendapat laluan melalui Dewan Negara”.

“Tetapi ia tidak mendatangkan kecelakaan,” kata dokumen itu, yang dipercayai sudah diedarkan dalam kalangan ahli Parlimen PKR bagi memberi gambaran bagaimana untuk mengundi belanjawan.