Wednesday, November 25, 2020

Speaker nasihat semua ahli Parlimen bersatu lawan Covid-19

Ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

Other News

Pembelajaran di universiti awam tidak tertangguh, kata menteri

44,188 pelajar Universiti Awam masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran.

Hampir 15,000 penduduk Sabah terima bekalan elektrik dalam RMK-11

Keselesaan luar bandar mengikut jadual seperti yang dirancang dalam RMK-11.

California inmates paid millions in pandemic unemployment relief scam

These include high-profile serial killers and murderers on death row.

Silap besar jika bertembung dengan PAS, kata orang kuat Umno

Ahmad Maslan berkata Umno tidak boleh ulang kesilapan sama ketika pilihan raya 2018.

Big mistake if we clash with PAS, warns Umno man

Ahmad Maslan says his party cannot afford to make the same mistakes it did in the 2018 polls.

Persidangan hari pertama Dewan Rakyat bagi sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini, dimulakan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menasihatkan semua ahli-ahli Parlimen supaya mengenepikan perbezaan dan perbalahan politik, dalam memainkan peranan membendung pandemik Covid-19.

Beliau turut mengingatkan semua ahli Parlimen, sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang, bersatu hati dalam memainkan peranan itu demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

“Seperti mana yang Yang Berhormat sedia maklum, perjuangan mengekang penularan Covid-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia, masih belum selesai. Ia sesungguhnya memberi kesan dan menjejaskan banyak pihak termasuk rakyat negara ini.

“Saya mengajak semua ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang dan khususnya (perbezaan) fahaman politik (untuk) mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan, bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dan membantu kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung Covid-19,” katanya sambil menyatakan ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

Azhar yang berkata demikian ketika pemasyhuran daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, turut memaklumkan langkah berjaga-jaga diambil termasuk mengedarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua ahli Parlimen.

Sebelum ini Sultan Abdullah menasihati semua ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Sultan Abdullah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Agong menegaskan belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini, adalah amat penting kepada kerajaan, khususnya kepada para petugas barisan hadapan.

Azhar hari ini berkata, semua ahli Parlimen dari Sabah juga perlu menjalani kuarantin 14 hari, berikutan situasi semasa Covid-19 di negeri itu.

“Ahli Yang Berhomat dari Sabah perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum persidangan ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kerjasama ahli-ahli Yang Berhomat dari Sabah yang sudah atau sedang menjalani kuarantin. Besar pengorbanan mereka sebenarnya.

“Saya berharap dan menasihatkan semua ahli Yang Berhormat supaya sentiasa mematuhi SOP, iaitu penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan atau menggunakan ‘hand sanitizer’,” katanya.

Beliau meminta semua pihak mendoakan agar wabak Covid-19 segera dibendung sepenuhnya dan tidak memberikan ancaman kepada negara, seterusnya persidangan Dewan Rakyat dapat berlangsung seperti biasa.

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Pembelajaran di universiti awam tidak tertangguh, kata menteri

44,188 pelajar Universiti Awam masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran.

‘Kluster sakit perut’ muncul melobi selepas ‘kluster mahkamah’ tidak sepakat dalam undi belanjawan

Beberapa pertemuan diadakan dalam tempoh 48 jam bagi menyakinkan ahli Parlimen Umno untuk menjatuhkan kerajaan.

‘Court cluster’ split on budget vote as emerging ‘sakit perut cluster’ steps up lobbying

A series of meetings have been held in the last 48 hours in a bid to convince Umno MPs to topple the government.

Anthony Loke tidak puas hati penamatan kontrak syarikat DM-LTAT 

Anthony Loke dan Wee Ka Siong bertekak isu penamatan SST projek KVDT2.

PAC syor wujud sistem bersepadu pengambilan pekerja asing, banteras ‘pengantara’

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) disyor mewujudkan sistem itu bagi menangkis tuduhan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pekerja asing.