Thursday, March 4, 2021

Sejarah tercipta, keldai dadah Malaysia terlepas hukuman mati di Singapura

Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mati sebelum ini disebabkan oleh kesilapan mahkamah.

Other News

Malaysia remains among freest economies, improves in integrity, says US index

The Heritage Foundation places Malaysia in the 'Mostly Free' category, hailing its anti-corruption plan.

‘Everything will be ok’: Myanmar mourns teen killed protesting

Before going to a demonstration this week, Kyal Sin listed her blood type on her Facebook page, her phone number, and said her organs were available for donation if anything were to happen to her.

Kerajaan pertimbang benar rentas negeri berstatus PKPP

Setakat ini, hanya Sabah sahaja negeri yang masih mengekalkan larangan rentas daerah.

In India, 71kg of garbage found in stray cow’s stomach

Previous surgeries done by the People For Animals Trust Faridabad organisation have found up to 50kg of waste in cows' stomachs.

Kes baru Covid-19 kembali lepasi 2,000, catat angka 2,063

5 kematian akibat Covid-19 dicatat hari ini.

Seorang pengawal keselamatan Malaysia berusia 32 tahun yang mengatakan menerima tawaran menjadi keldai dadah kerana ingin membantu membayar kos perubatan anak perempuanya mencipta sejarah hari ini apabila mahkamah Singapura mengenepikan sabitan hukuman mati terhadapnya.

Gobi Avedian merupakan orang pertama mencipta sejarah di negara itu kerana terlepas daripada hukuman mati selepas penat mencuba pelbagai usaha, termasuk melakukan rayuan memohon belas kasihan.

“Ini adalah kes pertama yang berjaya atas alasan kesilapan mahkamah. Amat sukar untuk mendapat kebenaran membuka semula kes berkenaan di mahkamah rayuan,” kata peguam Gobi, M. Ravi sejurus selepas keputusan itu diumumkan.

Ravi berkata keputusan hari ini bermaksud hukuman penjara 15 tahun terhadap Gobi akan dikenakan kembali.

Gobi dijangka dibebaskan pada tahun 2024, selepas menjalani hukuman penjara selama enam tahun.

Ravi yang dikenali kerana lantang memperjuangkan hak asasi manusia di republik itu, menuduh pemerintah Singapura dan pendakwa raya bersikap keterlaluan dalam kes itu, sambil menambah terdapat beberapa insiden gangguan kepadanya kerana mengambil kes itu.

“Saya boleh menyerah kalah pada bila-bila masa kerana ancaman itu,” katanya.

“Mengapa ancam peguam?” kata Gobi, yang mewakili banduan menanti hukuman mati secara pro-bono.

Katanya, menteri undang-undang Singapura K. S Shanmugam perlu mengemukakan permohonan maaf.

“Sila mohon maaf kepada Gobi dan keluarganya di atas apa yang dilalui selama dalam proses rayuannya.

“Saya minta supaya menteri undang-undang memohon maaf kepada Gobi dan melihat kembali semua kes membabitkan hukuman mati.”

Gobi merupakan salah seorang daripada puluhan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukuman mati mandatori di bawah undang-undang kontroversi Singapura.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, sesiapa yang ditangkap membawa lebih daripada 15 gram dadah akan dihukum mati.

Bulan lalu, MalaysiaNow melaporkan mengenai kebimbangan komposisi etnik terhadap mereka yang menanti hukuman mati.

Angka yang dikumpul aktivis hak asasi manusia menunjukkan kira-kira 90% yang sedang menanti hukuman mati di penjara republik itu adalah etnik Melayu dan India yang lebih kurang 20% daripada populasi negara itu.

Daripada 55 orang sedang menanti hukuman mati, 30 adalah Melayu Singapura, 20 India dan lima Cina. Daripada 20 etnik India itu, 15 merupakan warganegara Malaysia.

Pada Mei lalu ketika Singapura mengisytihar perintah kawalan pergerakan kerana Covid-19, sebuah mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang rakyat Malaysia berusia 37 tahun, yang keputusannya diumum melalui sidang video Zoom.

Ini mencetuskan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.

“Hukuman mati sememangnya sangat dibenci, tetapi untuk melaksanakan hukuman ini, ia adalah paling kejam boleh diterima tertuduh, dilakukan melalui sidang video Zoom secara jauh, ia sangat tidak berperikemanusiaan,” kata Human Rights Watch mengenai kes yang melibatkan Punithan Genasan.

Peguam Ravi yang berada di barisan hadapan menjadi ikhtiar terakhir banduan menanti hukuman mati untuk kekal hidup.

Beliau kini terlibat dalam 21 kes, antaranya membabitkan kes Gobi yang pertama berjaya.

Ravi berkata, Gobi menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan dalam menghapuskan hukuman mati di Malaysia, satu kempen yang diterajui oleh kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Warga Malaysia bebas hukuman gantung di Singapura

Dia berdepan dengan lima pertuduhan membawa dadah ke republik itu sebelum mahkamah mendengar rayuannya.

2 rakyat Malaysia import kes baharu Covid-19 di Singapura

Singapura mempunyai dua kluster Covid-19 buat masa ini.

Pekerja pembersihan warga Malaysia diradikalkan IS dihantar pulang, isteri diberikan kaunseling

Walaupun penyiasatan tidak dapat menemui bukti dia merancang untuk melakukan sebarang serangan domestik, dia secara aktif memuat naik bahan-bahan yang menyokong Isis.

Parang, senjata api tersedia untuk dibeli tetapi tidak semudah disangka

Pendedahan rancangan serangan solo remaja Singapura membuktikan ia tidak mustahil untuk dilakukan dengan bantuan dalam talian.

Singapura gantung peraturan rentas sempadan dengan Malaysia mulai Isnin

Selain Malaysia, dua negara lain ialah Jerman dan Korea Selatan.