- Iklan -
Berita

Jalan terbaik buat Malaysia Airlines terus kibarkan bendera

Jadikan syarikat penerbangan tambang murah atau membenarkan pemilikan asing belum tentu dapat menyelamatkannya daripada ditutup, kata pakar.

Amanda Suriya
2 minit bacaan
Kongsi
Malaysia Airlines has been struggling for years amid competition from low-cost carriers in the region. Photo: AFP
Malaysia Airlines has been struggling for years amid competition from low-cost carriers in the region. Photo: AFP

Pada ketika ini, masa depan Malaysia Airline masih samar-samar. Pilihan yang ada sekarang ini: sama ada tukar menjadi syarikat penerbangan tambang murah, atau bergabung dengan AirAsia, atau suntikan dana pemilikan asing?

“Saya tidak pasti sekiranya Malaysia Airlines menjadi syarikat tambang murah adalah langkah yang betul kerana kita memerlukan lebih banyak data mengenai penerbangan tambang murah berbanding premium,” kata Adli Amirullah, ahli ekonomi kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi kepada MalaysiaNow.

“Jika Malaysia Airlines jadi tambang murah, mereka berkemungkinan bakal menjadi pesaing terbaik AirAsia – namun, timbul satu persoalan, adakah mereka mampu untuk bersaing dengan syarikat penerbangan tambang murah yang lebih besar?”

Terdapat juga aspek praktikaliti yang perlu diambil kira dalam menukar syarikat penerbangan perkhidmatan penuh kepada tambang murah.

“Sekiranya Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan tambang murah, mereka perlu mengubah keseluruhan konfigurasi,” jelas bekas pengarah kewangan yang pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu selama 20 tahun.

“Anda perlu tukar tempat duduk, kemudian menjadikan dapur lebih kecil dan semuanya itu memerlukan modal. Pemasaran juga memerlukan pendekatan berbeza.”

Adakah liberalisasi sektor penerbangan mempengaruhi kelangsungan hidup Malaysia Airlines atau lebih berkait rapat dengan pilihan pengguna?

Adli rasa kedua-duanya saling berkaitan.

“Tanpa liberalisasi, harga tidak akan kompetitif, dan itu akan menyebabkan penjualan tiket rendah.”

Beliau percaya lebih banyak persaingan akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik.

“Jika sekiranya syarikat penerbangan premium dapat menandingi harga syarikat tambang murah, mereka pasti dapat memberikan layanan lebih baik untuk memenuhi permintaan kategori pengguna yang berbeza.”

“Bersaing semata-mata pada harga tidak akan berjaya buat Malaysia Airlines. Apabila mereka turunkan harga, mereka terpaksa kurangkan perkhidmatan dan mereka akan kehilangan pelanggan setia,” kata Prof Izlin Ismail, dari fakulti perniagaan Universiti Malaya, kepada MalaysiaNow.

“Meminta pelabur asing membeli sebahagian besar saham Malaysia Airlines mungkin bukan jawapan terbaik,” katanya. “Ingat apa yang berlaku pada Proton?”

Pada tahun 2017, pembuat kereta China Zhejiang Geely memperoleh 49.9% pegangan dalam Proton. Perjanjian itu dibuat oleh pentadbiran Najib Razak, ia dilabel ramai pihak sebagai menjual kepentingan nasional.

“Persoalannya ialah: berapa nilai Malaysia Airlines sekarang? Adakah wang? Ataupun maruahnya?

“Jika ia mengenai maruah, maka anda tidak boleh memberikan sebarang nilai. Dengan pemilikan asing sebagai majotiti, maka hilanglah syarikat penerbangan negara,” kata Izlin. “Ia masih di atas awan, tetapi bukan lagi milik kita

Adli berkata, “Membuka hak kepada pemilikan asing mungkin dapat membantu, tetapi saya tidak optimis langkah itu boleh menyelamatkan syarikat penerbangan mengambil kira keadaa semasa sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemic Covid-19. Begitupun, membenarkan pemilikan asing mungkin dilihat pilihan lebih baik daripada bergantung kepada kerajaan untuk menyelamatkan perniagaan.”

Khazanah Nasional merupakan pemegang saham tunggal Malaysia Airlines, dan minggu lalu, pengarah urusannya, Shahril Ridza Ridzuan, memberitahu Berita Harian pihaknya mungkin menyalurkan dana kepada Firefly, syarikat penerbangan tambah murah Malaysia Airlines.

Kemudiannya, jika Malaysia Airlines tutup, Firefly bakal menjadi syarikat penerbangan negara.