- Iklan -
Berita

Anwar gesa PM letak jawatan, dakwa disokong lebih 120 ahli Parlimen

Senarai sokongan ahli-ahli Parlimen akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Nur Hasliza Mohd Salleh
2 minit bacaan
Kongsi
Presiden PKR, Anwar Ibrahim tersenyum selepas tamat sidang akhbar selepas mengadap YDP Agong di Hotel Le Meridience, Kuala Lumpur.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim tersenyum selepas tamat sidang akhbar selepas mengadap YDP Agong di Hotel Le Meridience, Kuala Lumpur.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau sudah menyerahkan dokumen “sahih” kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membuktikan sokongan “kukuh dan meyakinkannya” dengan angka melebihi 120 ahli Parlimen pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan kerana sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Nanti senarai itu akan dikeluarkan dalam jangka masa terdekat,” kata Anwar pada sidang media di Hotel Meridien di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya pohon semua pihak beri ruang kepada Duli Yang Maha Mulia untuk jalankan tanggungjawab ikut lunas Perlembagaan dan budi bicara Tuanku untuk menelaah dokumen dan sehari atau dua hari ini untuk panggil ketua parti sahkan dan dapatkan pandangan (mereka).”

Pagi tadi, Anwar mengadap Yang di Pertuan Agong bagi menyerahkan sokongan ahli Parlimen dan mendakwa mampu untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pertemuan itu berlangsung kurang daripada 30 minit.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu media, Agong akan memanggil ketua-ketua parti politik dalam masa terdekat selepas ini.

“Dokumen sahih, ada bentuk akuan bersumpah (SD), ada bentuk tandatangan ketua-ketua parti.”

Dalam pada itu, Anwar menegaskan tiada kesepakatan akan dibuat dengan mana-mana ahli Parlimen yang berdepan tuduhan di mahkamah sebagai ganti sokongan mereka kepadanya untuk membentuk kerajaan baru.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu media, Agong akan memanggil ketua-ketua parti politik dalam masa terdekat selepas ini.

“Apa yang saya jamin kepada mereka adalah tiada vendetta politik, tetapi anda harus menerima proses sewajarnya, undang-undang dan kebebasan badan kehakiman,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau berunding untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen Melayu-Islam melalui perjanjian damai (olive branch), Anwar enggan mengulas lanjut.

“Saya menghantar olive branch untuk mengatakan bahawa kita boleh berkomunikasi. Hingga hari ini, tiada tindak balas,” tambahnya.

Beliau menegaskan, meskipun kenyataannya untuk membentuk satu kerajaan Melayu-Islam, kebajikan dan jaminan tentang hak semua rakyat tetap terpelihara.

“Kebimbangan kita adalah malapetaka Covid-19 dan untuk memacu ekonomi negara,” katanya.