Sunday, July 25, 2021

Ambiga gesa Anwar dedah nama sekutu

Langkah Sheraton atau Meridien, Ambiga Sreenevasan memberi amaran kepada pemimpin PKR penerimaan rakyat terhadap mana-mana kerajaan baru adalah paling penting.

Other News

Bekas pengerusi Bersih 2.0, organisasi sivil yang popular menggerakkan demontrasi besar-besaran bagi menuntut proses demokrasi lebih telus hari ini tampil mempersoalkan langkah terbaru Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan melalui sokongan ahli-ahli Parlimen termasuk dari Umno.

Kritikan Ambiga Sreenevasan tertumpu kepada kemungkinan ahli-ahli Parlimen Umno terlibat kes rasuah bakal diterima presiden PKR itu.

Ambiga berkata, Anwar perlu mendedahkan nama-nama sekutu di belakangnya.

“Saya fikir ini sangat penting untuk ada penjelasan mengenai siapa yang memberikan sokongan. Dan anda tahu, mereka mesti telus kepada rakyat,” katanya kepada MalaysiaNow.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hantaran-hantaran beliau di laman sosial Twitter beberapa ketika selepas Anwar mengumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang dan Muhyiddin Yassin bukan lagi perdana menteri.

Anwar dilaporkan berkata beliau akan mengadap Yang Di-pertua Agong untuk menunjukkan bukti memiliki “majoriti yang kukuh dan menyakinkan” dengan mendakwa kerajaannya akan dikuasai ahli Parlimen Melayu dan Bumiputera.

Dakwaan itu kemudiannya menimbulkan spekulasi sekurang-kurangnya 10 orang ahli Parlimen Umno akan berpaling ke kem Anwar.

Hasil siasatan MalaysiaNow melalui perbincangan dengan pemimpin utama Umno mendapati hanya ada satu hingga tiga ahli Parlimen dari parti Melayu itu yang berkemungkinan bergabung dengan Anwar.

“Dan sekurang-kurangnya dua daripadanya termasuk orang sama yang menyebabkan Dr Mahathir Mohamad menjauhkan diri dari menyertai rampasan kuasa Muhyiddin pada Februari lalu,” kata seorang ahli Parlimen Umno kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Apabila diasak lebih lanjut, ahli Parlimen berkenaan mendedahkan beliau turut didatangi beberapa pihak, mempelawa dirinya berpindah menyokong Anwar, tetapi enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

MalaysiaNow masih tidak mahu mendedahkan nama-nama tersebut sementara menunggu pengesahan.

Pada Februari, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak akan menjadi sebahagian daripada gabungan baru sekiranya Muhyiddin menerima pemimpin Umno yang sedang berdepan perbicaraan rasuah, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi

Ambiga menggelar pengumuman Anwar sebagai “Meridien Move” sebagai rujukan kepada hotel tempat sidang media diadakan semalam.

Beliau menegaskan, Anwar mesti memberikan penjelasan tentang bagaimana rancangannya itu berbeza dengan Langkah Sheraton merujuk kepada perjumpaan pemimpinan di Petaling Jaya untuk menyingkirkan PKR, DAP dan Amanah dari Putrajaya.

Katanya, rakyat Malaysia yang mengundi pada pilihan raya umum 2018 mempunyai hak untuk tahu sama ada pembentukan kerajaan di bawah gabungan baru Anwar boleh diterima ataupun tidak.

“Ini kerana Langkah Sheraton bukanlah sesuatu yang majoriti rakyat pilih, tetapi ianya berlaku. Jadi, jika mereka akan bergerak lagi dengan cara yang sama, ia haruslah dengan cara yang dapat diterima masyarakat,” kata Ambiga.

Bagaimanapun, dalam perbualan bersama MalaysiaNow, beliau enggan mengulas lanjut mengenai hantaran-hantaran tersebut, mengatakan tidak pasti bagaimana langkah Anwar itu akan berlaku.

“Saya rasa mereka nampak tweet saya hari ini.”

Sementara itu, dalam kalangan sekutu Anwar juga dilihat keliru dan tidak pasti dengan rancangan yang dipanggil Langkah Meridien itu.

Ini termasuk orang kuat DAP, Lim Kit Siang yang dilaporkan terkejut dengan pengumuman Anwar semalam.

Pemimpin Amanah dalam penafian

Dalam pada itu, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar ketika ditanya sama ada mengetahui siapa yang menjadi “rakan baru” Anwar, beliau enggan mengulas.

Sebaliknya, ahli Parlimen Pokok Sena itu mengatakan identiti di sebalik sokongan terhadap Anwar tidak penting.

“Isu siapa belakang Anwar itu nombor dua. Isu sekarang, orang-orang Muhyiddin Yassin dah hilang keopercayaan. Secara moralnya, Muhyidin dah tidak sah jadi PM.”

Mahfuz berkata, Amanah sebagai parti komponan dalam Pakatan Harapan (PH) bertekad memberi peluang kepada Anwar mencukupkan bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan baru seterusnya menjadi perdana menteri.

“Kita tak tahu siapa ahli-ahli Parlimen Umno yang beri sokongan, itu Anwar kena beri penjelasan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH selepas pilihan raya negeri Sabah,” katanya.

MalaysiaNow sudah cuba untuk mendapatkan reaksi daripada ahli parlimen utama lain dalam PH namun gagal.

Ini termasuk Tony Pua dari DAP dan Maria Chin dari PKR yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles