Wednesday, May 11, 2022

Pemilihan Umno selepas PRU15?

Cadangan timbalan presiden Umno yang mahu pemilihan parti dilakukan selepas enam bulan diadakan PRU adalah tidak praktikal.

Other News

Pemilihan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan idea kartun.

Seolah-olah tak mengenali perlembagaan parti.

Lebih teruk, menggambarkan keinginan nafsu bagi berpapah pada jawatan timbalan presiden.

Mahu memohon dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan RoS, untuk memastikan supaya pemilihan Umno, enam bulan selepas PRU15.

Pilihan raya mana?

Adakah Umno akan melakukan pemilihan kepimpinan selepas enam bulan PRU15 diadakan?

Persoalan yang timbul, bolehkan jadi begini? Mengapa?

Lihat perlembagaan Umno.

Dalam perlembagaan yang ada, Umno perlu mengadakan pemilihan kepimpinan setiap tiga tahun sekali.

Ianya meliputi pemilihan di peringkat cawangan, bahagian hingga ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Termasuk juga pemilihan bagi kepimpinan sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

Cuba kita lihat, tentang PRU di negara Malaysia.

PRU dibuat dalam masa lima tahun sekali.

Maknanya, maksimum lima tahun.

Dewan Rakyat akan terbatal secara automatik, bila mencukupi lima tahun.

Usia Dewan Rakyat, dikira, bermula dari persidangan pertama dewan, selepas PRU.

Perkara 55 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil sidang Dewan Rakyat.

Sidang pertama sesuatu Dewan Rakyat hendaklah diadakan dalam masa 120 hari, selepas PRU.

Bila membandingkan tarikh pemilihan kepimpinan di dalam Umno dengan waktu perlu diadakan pilihan raya umum.

Jelas sekali cadangan Mohamad Hasan atau Tok Mat yang mahu pemilihan Umno dilakukan selepas enam bulan diadakan PRU adalah tidak praktikal.

Ia tidak boleh dilaksanakan, berdasarkan perlembagaan Umno itu sendiri. Itu tersangat jelas lagi nyata.

Kehendak Tok Mat ini tidak dapat dilaksanakan, kerana pemilihan kepimpinan Umno tiga tahun sekali.

Sedangkan PRU selama lima tahun sekali.

Untuk memenuhi nafsu besar Tok Mat, yang ingin terus memegang jawatan timbalan presiden Umno itu, maka perlembagaan parti perlu dirombak dan diganti.

Begitulah besarnya cita-cita Tok Mat, dalam mempertahankan kedudukannya dalam Umno.

Barangkali tidak salah, kalau meminjam kenyataan Mohamed Nazri Aziz, Tok Mat mahu segerakan pembubaran Dewan Rakyat dan diadakan PRU15 seberapa segera.

Katanya Tok Mat begitu ghairah ingin menjadi perdana menteri.

Kata pepatah “sudah terang, lagi bersuluh”.

Barangkali, itulah hasrat sebenar Tok Mat.

Cuba membungkus keinginan nafsu, tetapi Nazri dan pemain politik dapat mengimbaunya.

Berkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.

Untuk memenuhi nafsu Tok Mat itu, perlembagaan Umno dalam hal pemilihan kepimpinan ini perlu dirombak dan diubah.

Pemilihan kepimpinan Umno diadakan enam tahun sekali.

Seseorang itu, termasuk Tok Mat, yang memang jawatan timbalan presiden sekarang, boleh berkapok di jawatan itu selama 6 tahun.

Mengapa?

Bila pemilihan kepimpinan Umno sudah menjadi enam tahun sekali, maka barulah sesuai dengan usia sesebuah usia Parlimen.

Contohnya, usia Parlimen ke-14, berakhir pada Jun 2023, mencukupi lima tahun.

Jadi, bila usia kepimpinan Umno kekal selama enam tahun, barulah selaras dengan usia Dewan Rakyat.

Misalnya, pemilihan kepimpinan Umno, enam bulan selepas PRU .

Jadi pemilihan Umno boleh diadakan pada bulan keenam bagi Dewan Rakyat penggal yang baru.

Begitulah jadinya kepada Umno, sekiranya mahu memenuhi atau menyesuaikan nafsu serakah Tok Mat dalam menggenggam jawatan.

Sekiranya, ketua sayap seperti ketua Pemuda dan ketua Puteri yang menjadi seperti “algojo” kepada Tok Mat semasa pesta-pestaan Umno (16-19 Mac), tetap menyokong idea karut tersebut.

Maka alamatlah perjuangan Puteri dan Pemuda Umno akan menuju kegelapan dalam fikiran yang sangat bercelaru.

Lebih teruk, mereka akan menjadi seperti kerbau dicucuk hidung. Akar fikir dan jalar fikir mereka menjadi lembam lagi bebal.

Maka seluruh pergerakan sayap itu akan menjadi bonsai.

Tidak sudah tidak ada pilihan lagi. Pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.

Kalau membiarkan parti dipimpin seorang timbalan seperti Tok Mat ini, maka Umno cuba dibawa mengikut emosinya.

Beliau membiarkan emosi mengemudi kerasionalannya.

Parti akan jahanam. Apatah lagi dengan ketua Puteri dan ketua Pemuda yang akar fikir dan jalar fikir mereka dirimbuni asap ketaksuban yang melampau.

Maka itu, ahli-ahli Umno, jangan sesekali terperangkap dengan permainan jijik Tok Mat ini.

Saya percaya, Mahdzir Khalid, Annuar Musa, Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin, Shahidan Kassim, Tajuddin Abdul Rahman, Noh Omar sekadar beberapa nama yang mampu menyekat nafsu Tok Mat untuk menggenggam Umno.

Oleh kerana barisan kepimpin Umno sekarang, hanyalah dilanjutkan tempoh atas sebab tertentu.

Sebenarnya usianya sudah lama berakhir.

Mereka boleh dianggap sebagai “care taker” sahaja.

Oleh itu, eloklah dikembalikan mandat kepada ahli-ahli Umno.

Tok Mat pun banyak bercakap soal maruah dan harga diri.

Untuk membuktikan dia benar bermaruah dan punyai harga diri, eloklah beliau memanggil pemilihan parti disegerakan.

Ada berani?

Hanya keberanian memanggil pemilihan Umno sahajalah, yang membuktikan Tok Mat punyai maruah dan harga diri.

Kamarazaman Yacob merupakan presiden Parti Kuasa Rakyat.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles