Monday, January 24, 2022

Benarkah 14% tiada rekod vaksin adalah jemaah umrah?

Lebih lama masa KKM ambil untuk laksana siasatan, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah.

Other News

Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) sangat terkejut dengan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semasa sidang media pada 6 Januari 2022 lalu berkaitan 14% Jemaah umrah tidak mempunyai rekod vaksin.

Malah yang lebih memeranjatkan menteri kesihatan juga turut menyatakan jemaah tersebut dikendalikan oleh agensi pelancongan.

Untuk makluman, SOP untuk seseorang jemaah mengerjakan umrah yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi adalah sangat ketat. Maklumat jenis vaksin serta tahap kesihatan perlu dimasukan ke aplikasi mereka yang dikenali sebagai Muqem 72 jam sebelum jemaah memulakan penerbangan.

Aplikasi ini juga turut bersambung dengan 2 aplikasi lagi iaitu Tawakalna dan Eatamarna yang mana informasinya saling berpaut untuk mendapatkan slot mengerjakan umrah, memasuki Raudhah dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Oleh yang demikian, SAFTTA menuntut maklum balas segera dari KKM adakah 14% yang disebut itu semuanya jemaah umrah?! Kami rasa agak terkilan kerana sudah memasuki empat hari kenyataan tersebut dibuat – tetapi KKM masih menyiasat perkara tersebut.

Lebih lama masa KKM ambil, lebih teruk persepsi masyarakat terhadap jemaah umrah. Ini dapat kita lihat dan baca didalam media sosial yang rata-rata masyarakat menyalahkan jemaah umrah sanggup menipu untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Perkara ini juga turut menarik perhatian beberapa mufti untuk memberikan komen.

Oleh yang demikian SAFTTA menuntut pihak KKM segara memberikan kenyataan berhubung perkara ini.

Dan jika memang terbukti ianya dikendalikan oleh agensi pelancongan – kami akan menyokong untuk agensi tersebut diambil tindakan tegas oleh Motac.

Sehubungan itu juga, SAFTTA menyambut baik kenyataan media kementerian pelancongan seni dan budaya (Motac) pada 9 Januari 2022 kerana begitu perihatin terhadap nasib agensi pelancongan ketika kami menghadapi waktu-waktu sukar ketika ini.

Kami juga mengharapkan satu perbincangan berkaitan SOP dapat diadakan dalam masa terdekat ini. Kami juga telah mempunyai beberapa cadangan untuk dikongsikan yang mungkin dapat membantu pihak MoTAC dan MKN mengatasi permasalahan jemaah umrah ini.

Fathir Badri adalah presiden SAFTTA.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Previous articleSPRM bukan Azam Baki
Next articleSimpang Pertang dibom

Related Articles