Monday, September 20, 2021

Covid-19 akan merebak dengan lebih kencang

Kita cuma berharap apabila kita terkena Covid-19, ia hanyalah seperti satu selsema berat yang tidak mengancam nyawa.

Other News

Tiada siapa yang dapat mengawal penularan wabak Covid-19.

Penularan wabak Covid-19 akan menjadi semakin rancak apabila populasi dunia yang mendapat vaksin semakin meningkat.

Ini kerana lebih ramai manusia akan menjadi pembawa kuman Covid-19 tanpa sedar kerana mereka berada di dalam kategori satu, tidak bergejala atau dua, bergejala ringan.

Golongan ini tidak akan membuat ujian saringan melainkan dimaklumkan mereka mungkin ada kontak rapat daripada pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima.

Oleh itu, wabak Covid-19 akan terus merebak sehingga semua manusia mengalaminya.

Apa yang diharapkan ialah apabila wabak Covid-19 menjamah mangsanya yang baru, mangsa itu sudah dilengkapi perisai anti-virus, iaitu sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dengan perisai tersebut, majoriti mangsa baru Covid-19 kemungkinan besar hanya berada di kategori satu atau dua, yang tidak memerlukan rawatan di hospital.

Ketika itu, beban kepada pihak barisan depan, hospital dan kerajaan akan berkurangan.

Keperluan menguji Covid-19 hanya untuk pesakit yang berada di kategori tiga ke atas.

Ini adalah suatu kenyataan yang perlu diterima.

Usah berharap lagi jumlah jangkitan Covid-19 akan berkurangan.

Ia akan terus meningkat di seluruh pelusuk dunia.

Lambat-laun, kita akan terkena Covid-19.

Kita cuma berharap apabila kita terkena Covid-19, ia hanyalah seperti satu selsema berat yang tidak mengancam nyawa.

Oleh itu, kerajaan perlu menukar format ketika melaporkan kes Covid-19 harian.

Fokus pada kadar peratusan vaksin dan jumlah kes Covid-19 yang dipecahkan kepada mereka yang belum divaksin dan yang sudah divaksin.

Hanya laporkan kes harian kategori tiga dan ke atas.

Mereka yang sudah divaksin hanya perlu kuarantin di rumah.

Mereka yang belum divaksin terus divaksin ketika dirawat di hospital.

Covid-19 sudah menjadi sebahagian daripada hidup manusia, yang tidak mungkin dihapuskan.

Tidak seperti AIDS, Covid-19 ini sangat susah dihindari meskipun adanya gaya hidup yang sihat.

Terimalah vaksin, lalu hiduplah secara normal bersama Covid-19.

Dan mulakan kempen mengibar bendera merah di rumah jika anda dan keluarga anda belum mendapat sebarang tarikh untuk divaksin.

Sediakan perisai sebelum Covid-19 datang mengunjung.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles