Wednesday, October 20, 2021

Kerajaan perlu berikan vaksin kepada pekerja e-hailing, perkhidmatan penghantaran

Pekerja perkidmatan e-hailing dan perkhidmatan penghantar makanan wajar diberi laluan awal dalam mendapatkan suntikan vaksinasi.

Other News

Merujuk kepada “total lockdown” 3.0 yang diumumkan oleh perdana menteri bermula 1 jun 2021. Pemuda Bersatu menggesa agar perkidmatan e-hailing dan perkhidmatan penghantar makanan diberi laluan awal dalam mendapatkan suntikan vaksinasi .

Pada 29 Mei 2021 malaysia telah merekodkan kes tertinggi harian tertinggi dengan jumlah 9,020 kes covid-19 dicatatkan dan perkara ini bukan sesuatu perkara yang perlu dibangga malahan perkara yang harus dibendung demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Menurut sumber KKM Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 31 Mei 2021 ialah 3,008,429 dos. Jumlah yang terima dos pertama ialah 1,927,861 orang. Daripada jumlah itu, 1,080,568 orang telah terima dos kedua.

Berdasarkan ucapan khas perdana menteri pada 31 Mei 2021 juga ada mengatakan 80,000 purata dos vaksin harian pada bulan Mei akan menyasarkan 150,00 dos harian vaksin pada hujung bulan Jun .

Oleh yang demikian, Saya menyarankan agar pihak kerajaan memberikan suntikan vaksin awal kepada perkhidmatan e-hailing dan perkhidmatan penghantar makanan ini kerana dalam situasi norma baharu ini, rakyat malaysia kerap menggunakan perkhidmatan penghantar makanan sebagai contoh perkidmatan foodpanda, Grabfood, Penghantar Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald’s dan banyak lagi.

Tambahan lagi, dengan kemajuan teknologi perkhidmatan e-hailing juga tidak asing lagi dengan masyarakat pada hari ini seperti perkidmatan GrabCar, Maxim, MyCar, In driver dan banyak lagi yang didaftarkan di Malaysia sebagai perkhidmatan e-hailing.

Berdasarkan ucapan khas perdana menteri juga ada mengatakan seramai 62000 orang pemandu e-hailing kereta sewa yang telah didaftarkan .

Perkidmatan e-hailing dan penghantar makanan merupakan individu yang berisiko tinggi mendapat jangkitan kerana pekerjaan mereka yang kerap bersemuka dengan pelanggan setiap hari.

Semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), perkidmatan ini juga dibenarkan beroperasi. Oleh itu, bagi mengekang jangkitan dan mengawal penularan Covid-19 adalah lebih baik memberikan suntikan awal kepada e-hailing dan penghantar makanan.

Saya selaku, naib ketua Armada Nasional mengharapkan pihak kerajaan mengambil serius berkenaan perkara ini. Agar angka kes Covid-19 dapat dikurangkan dan risiko jangkitan juga menurun .

Ceaser Mandela Malakun adalah naib ketua Armada Nasional

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles