Tuesday, October 27, 2020

Pemerintahan tanpa sidang media

Di negara-negara komunis, tiada sidang media yang ada cuma perutusan khas kerajaan.

Other News

Umno kekal sokong PN tolak kerjasama PKR dan DAP, cadangan Najib diketepikan

Umno turut menggesa kerajaan Perikatan Nasional menambah baik prinsip kerjasama atas dasar “political consensus”.

In blow to Najib, Umno top body rejects PKR, DAP

The Umno Supreme Council says MPs from the party will continue supporting the Perikatan Nasional government.

So what if we support Anwar, says Najib in tell-all post

He says he made it clear that any such cooperation would not involve DAP.

Najib sahkan kerjasama dengan Anwar

Najib berkata, Umno perlu terbuka bekerjasama dengan Anwar sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan PN.

Ahli Parlimen BN tolak cadangan Najib untuk kerjasama dengan Anwar, DAP

Najib diselar majoriti ahli-ahli Parlimen BN selepas mengemukakan cadangan itu.

Sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, dunia masih dalam Perang Dingin. Berlaku pertarungan antara blok kapitalis pimpinan Washington dan komunis pimpinan Moscow.

Amerika Syarikat (AS) menganggap pihaknya sebagai “free world” (dunia bebas) dan mengamalkan sistem demokrasi. Sementara Soviet Union mempunyai “close society” (masyarakat tertutup) dan mengamalkan sistem satu parti.

Dalam sistem demokrasi, bukan saja terdapat pelbagai parti politik tetapi mereka mempunyai media yang cergas.

Ketika itu, media utama adalah akhbar lebaran besar (broadsheet) diikuti dengan stesen televisyen.

Kewartawanan yang bebas, cergas dan matang merupakan ciri penting dalam demokrasi.

Mereka bukan saja dilindungi oleh Perlembagaan dan disokong oleh rakyat tetapi mempunyai keupayaan kewangan tinggi yang datang daripada pengiklanan.

Ini membolehkan mereka menggaji wartawan berpengalaman ternama dan menghantar pemberita ke medan perang untuk membuat liputan.

Maka akhbar utama AS seperti The New York Times dan The Washington Post menjadi komponen penting dalam sistem demokrasi mereka.

Di Britain pula ketika itu ialah The Times dan The Guardian.

Mereka bukan saja dilindungi oleh perlembagaan dan disokong oleh rakyat tetapi mempunyai keupayaan kewangan tinggi yang datang daripada pengiklanan.

Maka dapat dilihat Presiden AS Jimmy Carter mengadakan sidang media di halaman White House dan Perdana Menteri Britain, James Callaghan di depan No. 10 Downing Street.

Sidang media dengan ketua kerajaan merupakan acara penting bagi kehidupan bernegara demokrasi.

Ini kerana wartawan itu menjadi wakil kepada rakyat untuk menerima maklumat dan menyoal balik mengenai apa saja isu berkaitan negara.

Apabila seseorang ketua kerajaan demokratik membuat siri rangka lawatan rasmi ke negara asing, turut serta dalam rombongannya adalah para wartawan.

Mereka pergi dengn belanja syarikat masing-masing.

Peranan mereka bukan saja untuk membuat liputan tetapi menjadi saksi kepada acara yang pemimpin mereka lakukan.

Ini kerana pemimpin mereka melakukan lawatan itu dengan menggunakan wang awam.

Sudah pasti ada sidang media.

Malaysia juga pada tahun-tahun 1980-an mengamalkan cara yang sama.

Penulis pernah menjadi sebahagian daripada rombongan media bagi membuat liputan lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke lima buah negara Eropah pada tahun 1984.

Pada masa itu syarikat akhbar cukup berkemampuan untuk membiayai perjalanan wartawan masing-masing bagi jangka waktu begitu lama.

Selain mengikuti hampir semua program rasmi, perdana menteri juga mengadakan sidang media setiap hari.

Selain daripada soalan mengenai lawatan, isu-isu politik tanah air juga bebas dikemukakan.

Umpamanya ketika di Stockholm, Sweden, soalan yang dikemukakan adalah mengenai pergolakan politik di Sabah.

Pada tahun 1984, Pilihan Raya Negeri Sabah menyaksikan kekalahan Barisan Nasional (BN) yang diwakili parti Berjaya pimpinan Haris Salleh.

Beliau dikalahkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Joseph Pairin Kitingan.

Tetapi budaya sidang media ketua kerajaan tidak berlaku di negara-negara komunis.

Tidak ada sidang media yang diberikan oleh pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev di depan Kremlin.

Juga tiada sidang media Deng Xiaoping di Medan Tiananmen.

Mereka hanya mengeluarkan perutusan yang dihebahkan melalui televisyen, radio dan disiarkan akhbar parti, Pravda di Moscow dan Harian Rakyat di Beijing.

Tetapi dalam kalangan negara-negara sekutu AS, tidak semua mengamalkan demokrasi.

Malah ada antara mereka merupakan pihak tentera anti-komunis yang menggulingkan kerajaan demokratik.

Junta tentera ini mendapat sokongan AS dan dibantu CIA.

Contohnya di Chile pada tahun 1973 apabila Salvador Allende, seorang sosialis yang menjadi presiden melalui pilihan raya demokratik ditembak mati tentera yang merampas kuasa dengan bantuan CIA dan AS.

Sekitar tahun 70-an dan 80-an, dunia menyaksikan banyak rampasan kuasa pihak tentera di Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Afrika.

Di Asia, ia berlaku juga sekali di Indonesia, banyak kali di Thailand dan Pakistan.

Pihak tentera juga menggulingkan raja di Iraq, Syria, Mesir, Sudan dan Libya. Tetapi ia dilakukan pihak yang pro-Moscow.

Seringkali untuk tindakan rampasan kuasa itu, pihak tentera akan menguasai stesen televisyen dan radio dahulu.

Pejabat-pejabat akhbar ditutup. Adakalanya para wartawan ditangkap.

Jeneral yang merampas kuasa itu akan mengumumkannya dalam satu perutusan khas yang disiarkan melalui televisyen dan radio.

Sudah tentu tiada sidang media. Selalunya wartawan pun sudah tiada.

Sama ada mereka adalah penyokong rejim lama atau pendokong demokrasi, yang tentu tidak disenangi diktator dan kerajaan authoritarian.

Dari masa ke masa, pemimpin junta tentera akan memyampaikan perutusan khas untuk menghebahkan keputusan dan dasar rejim mereka.

Kemudiannya mereka membina kembali media tetapi ia di bawah kawalan rejim.

Bagi para diktator, media dan wartawan adalah hanya alat untuk mereka mengawal minda rakyat supaya kuasa dapat dikekalkan.

Apabila Soviet Union dan blok komunis tumbang pada tahun 1989, Perang Dingin pun berakhir.

AS sudah menang dan tiada sebab baginya untuk menyokong dan membantu tentera-tentera anti-komunis merampas kuasa.

Sebaliknya Washington mendokong pendemokrasian di seluruh dunia.

Chile pun menjadi demokratik. Apabila rakyatnya memilih seorang presiden sosialis, Washington tidak campur tangan.

Banyak negara di Amerika Selatan dan Afrika menjadi demokratik.

Pun begitu berlaku juga rampasan kuasa di Mesir yang menggulingkan kerajaan demokratik Presiden Mohamed Morsi.

Thailand juga masih menyaksikan rampasan kuasa tentera.

Antara kesan besar daripada berakhirnya Perang Dingin adalah kepesatan perkembangan internet.

AS tidak menghalang perkembangan ini kerana tiada kuasa lain yang mampu mencabarnya.

Internet membawa demokrasi ke tahap baru yang lebih luas dan mendalam.

Tetapi perkembangan internet membunuh budaya kewartawanan konvensional.

Dengan adanya telefon pintar dan aplikasi media sosial, orang boleh memperoleh maklumat secara pantas, pelbagai dan percuma.

Tidak ada sebab untuk mereka membaca akhbar atau menonton televisyen.

Akhbar dan televisyen turut menyertai media dalam talian tetapi dalam persaingan dengan sumber maklumat, mereka menjadi kecil.

Pengiklan juga berhijrah ke internet.

Kalau dahulu wang iklan mereka membiayai media tempatan, kini wang mereka pergi ke YouTube, Facebook dan lain-lain yang umumnya berpangkalan di Barat.

Maka banyak akhbar terpaksa ditutup atau diubah model perniagaannya dengan hanya mempunyai bilangan wartawan yang kecil.

Mereka bukan saja tidak mampu menghantar wartawan ke luar negara, malah untuk menghantar pemberita dari Kuala Lumpur ke Sabah pun menjadi suatu perkiraan besar.

Tetapi pukulan hebat terhadap media konvensional ialah lambakan maklumat.

Orang ramai menanggung begitu banyak maklumat daripada media sosial hinggakan mereka tidak boleh fokus pada isu-isu penting yang selama ini disediakan oleh media konvensional.

Maka orang ramai lebih selesa menikmati berita “remeh-temeh” dan kurang nilai serta termakan pada laporan palsu.

Salah satu peranan penting kewartawanan dalam demokrasi adalah menghidu isu sebelum menjadi masalah. Kewartawanan penyiasatan memerlukan biaya yang besar.

Tetapi kerajaan-kerajaan tidak suka pembongkaran oleh kewartawanan penyiasatan ini kerana ia mendedahkan kelemahan mereka.

Dengan kelemahan kewartawanan konvensional, usaha penyiasatan sukar dilakukan.

Orang ramai seronok dengan keterbukaan media sosial.

Sesiapapun boleh menjadi pemberita amatur, apa yang disebut sebagai “citizen journalism” ataupun kewartawanan kewarganegaraan.

Pastinya mereka tidak dapat melakukan kewartawanan penyiasatan.

Maka tiada sesiapa yang dapat menghidu ancaman Covid-19 di Sabah.

Tiada wartawan yang menyiasat gejala pendatang asing tanpa izin di sana.

Tiada sesiapa mempersoalkan ketiadaan pemimpin kerajaan yang mengambil berat ancaman itu sebelum ia terjadi.

Mengapakah pemimpin lebih sibuk dengan kerja politik daripada melaksanakan amanah sebagai menteri?

Akhirnya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga tidak merasakan kepentingan sidang media.

Baginya perutusan khas sudah memadai. Sementara pegawai-pegawainya memantau media sosial bagi mendapatkan maklum balas dari rakyat.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

So what if we support Anwar, says Najib in tell-all post

He says he made it clear that any such cooperation would not involve DAP.

Najib sahkan kerjasama dengan Anwar

Najib berkata, Umno perlu terbuka bekerjasama dengan Anwar sekiranya tidak berpuas hati dengan layanan PN.

Ahli Parlimen BN tolak cadangan Najib untuk kerjasama dengan Anwar, DAP

Najib diselar majoriti ahli-ahli Parlimen BN selepas mengemukakan cadangan itu.

BN MPs shoot down Najib’s proposal to work with Anwar, DAP

The former prime minister's proposal triggered strong protest from MPs who questioned his U-turn on Umno's 'no DAP' principle.

Isu bubar Parlimen tak disentuh dalam mesyuarat khas Kabinet, kata menteri

Ini susulan tular satu tangkap layar perbualan dalam satu kumpulan yang menunjukkan kononnya Ismail memaklumkan ketua-ketua Umno Bahagian akan mencadangkan pembubaran Parlimen hari ini.