- Iklan -
Luar Sana

Letupan gegar hospital dekat Jakarta, skuad bom digerakkan ke tempat kejadian

Menurut laporan, ltupan itu mungkin berpunca daripada alat bekalan kuasa yang terlampau panas di unit radiologi Hospital Eka di kawasan Serpong.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan umum bangunan tinggi di Jakarta, Indonesia, 23 Ogos. Gambar: Reuters
Pemandangan umum bangunan tinggi di Jakarta, Indonesia, 23 Ogos. Gambar: Reuters

Satu letupan menggegarkan sebuah hospital berdekatan Jakarta, Indonesia hari ini.

Menurut polis, skuad pemusnah bom telah digerakkan ke tempat kejadian.

Polis dipetik laman web berita Detik.com sebagai berkata, letupan itu mungkin berpunca daripada alat bekalan kuasa yang terlalu panas di unit radiologi Hospital Eka di kawasan Serpong. 

Reuters cuba mendapatkan maklum balas mengenai punca letupan itu daripada pihak polis namun tidak berjaya.