- Iklan -
Luar Sana

India jadi negara pertama daratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan

Misi ke bulan Chandrayaan-3 dilancarkan pada 14 Julai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak di sebuah sekolah di Ahmedabad, India memegang sepanduk sambil berdoa agar kapal angkasa Chandrayaan-3 selamat mendarat di bulan, 23 Ogos. Gambar: Reuters
Kanak-kanak di sebuah sekolah di Ahmedabad, India memegang sepanduk sambil berdoa agar kapal angkasa Chandrayaan-3 selamat mendarat di bulan, 23 Ogos. Gambar: Reuters

India pada Rabu menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.

Misi ke bulan Chandrayaan-3 dilancarkan pada 14 Julai. 

Modul pendaratnya terpisah daripada sistem pendorongan beberapa hari dan pendaratan "lancar", atau terkawal, bermula pada 5.44 petang waktu India pada Rabu.

"Chandrayaan-3 telah berjaya mendarat di bulan," Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) mengumumkan.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengucapkan tahniah kepada agensi angkasa lepas dan saintis di atas pencapaian itu, sambil berkata seluruh negara sedang meraikan detik bersejarah berkenaan.

Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi