- Iklan -
Luar Sana

Pengeluaran kopi Indonesia dijangka berkurangan kerana El Nino

Agensi cuaca negara BMKG menyatakan fenomena cuaca ini, yang biasanya membawa kepada cuaca panas dan kering yang berpanjangan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Asap menutupi bangunan bertingkat tinggi di Jakarta, Indonesia 9 Ogos. Gambar: Reuters
Asap menutupi bangunan bertingkat tinggi di Jakarta, Indonesia 9 Ogos. Gambar: Reuters

Kemarau disebabkan oleh fenomena El Nino dijangka mengurangkan pengeluaran kopi Indonesia, mendorong harga global kepada paras tertinggi sepanjang masa.

Pengurangan pengeluaran kopi yang lebih rendah daripada pengeluar keempat terbesar di dunia, boleh menyebabkan peningkatan harga, meningkat lebih daripada 40% pada 2023 dan mencapai rekod tertinggi pada Jun, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Agensi cuaca negara BMKG menyatakan fenomena cuaca ini, yang biasanya membawa kepada cuaca panas dan kering yang berpanjangan, sudahpun memberi kesan kepada lebih dua pertiga penduduk daripada negara ini, termasuk Jawa dan sebahagian daripada Sumatera, iaitu dua kawasan utama bagi pengeluaran kopi.

Pada 2023/24, pengeluaran kopi Indonesia dijangka hanya sekitar 9.7 juta beg, berkurangan berbanding 11.85 juta beg setahun yang lalu dan mencatat paras terendah sejak 2011/12, mengikut data Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.