- Iklan -
Luar Sana

Angka kematian akibat letupan di Pakistan meningkat 45 orang

Menteri itu berkata lebih 200 orang cedera dan lebih 100 daripada mereka masih dirawat di hospital.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa orang membawa seorang lelaki yang cedera selepas letupan di daerah Bajaur Khyber Pakhtunkhwa, di Hospital Lady Reading di Peshawar, Pakistan, 30 Julai. Gambar: Reuters
Beberapa orang membawa seorang lelaki yang cedera selepas letupan di daerah Bajaur Khyber Pakhtunkhwa, di Hospital Lady Reading di Peshawar, Pakistan, 30 Julai. Gambar: Reuters

Angka kematian angkara pengebom bunuh diri di perhimpunan politik di daerah Bajaur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Ahad, meningkat kepada 45 orang, kata menteri kesihatan wilayah itu pada Isnin.

Riaz Anwar memberitahu media tempatan bahawa jumlah kematian meningkat apabila sembilan orang yang cedera meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital, lapor Xinhua.

Menteri itu berkata lebih 200 orang cedera dan lebih 100 daripada mereka masih dirawat di hospital.

Anwar bimbang jumlah kematian mungkin terus meningkat kerana sekurang-kurangnya 10 daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke ibu kota wilayah Peshawar.

Polis berkata serangan itu berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di konvensyen pekerja politik Jamiat Ulema-e-Islam-Fazl (JUI-F) berhampiran kawasan Shanday Mor di daerah Munda Khar.